Kalau para lelaki dari suku Nias jago sukan Lompat Batu, maka lelaki suku Zaraniq yang tinggal di pantai barat Yaman, mempunyai tradisi "lompat-loncatan" juga! Tapi berbeza dengan orang Nias, yang mereka lonpat bukan batu, melainkan sederetan unta! |
Cara dari sukan ini adalah lari secepat mungkin untuk melompat dan melintasi sebanyak mungkin unta yang sedang berbaris. Pemenangnya adalah orang yang melompat barisan unta yang terbanyak. Sebelumnya, para peserta lompat unta memakai pakaian tradisional warna biru yang digulungkan di sekitar pinggang sebelum mereka melompat. |
Sebenarnya, tradisi loncat unta ini sudah ada sejak zaman dahulu kala, tetapi sempat hampir dilupakan. Sukan ini mula dikenali lagi sejak para anggota suku Zaraniq mula mempraktikkannya lagi baru-baru ini. Suku Zaraniq memang terkenal dengan kelajuan, kekuatan, dan keberaniannya di seluruh Yaman. Acara lompat unta biasanya berlangsung ketika ada acara pernikahan dan al-Khamis, iaitu festival tahunan yang menandakan berakhirnya musim sawit, serta diiringi oleh tarian dan nyanyian. |