Menyingkap tirai misteri dunia yang tersembunyi
--
Custom Search

Monday, September 3, 2018

Unta misteri ditemui di Arab Saudi

AL-JOUF, ARAB SAUDI: Hussain al-Khalifah menunjukkan penemuan arkeologi yang tidak pernah berlaku sebelum ini – ukiran unta di batu berwarna coklat kemerah-merahan yang dapat menjelaskan maklumat baharu mengenai evolusi seni batu.

Sekitar 12 ukiran arca, sebahagiannya sudah rosak akibat hakisan dan vandalisme, berkemungkinan berusia dalam linkgungan 2,000 tahun dan baru ditemui di kawasan persendirian di sepanjang persimpangan padang pasir di wilayah utara Al-Jouf.



Dipahat pada tiga buah batu, arca itu yang turut menggambarkan haiwan jenis kuda atau mamalia berbulu, memperlihatkan tahap kemahiran artistik yang tidak pernah ditemui pada bentuk seni batu di padang pasir Saudi.

Ia dapat membantu dalam memecahkan misteri kehidupan purba di Semenanjung Arab.
“Ia adalah hasil kerja kesenian dan kreativiti,” kata Hussain yang membawa AFP melawat kawasan terpencil di Al-Jouf yang kini terkenal di kalangan khalayak ahli arkeologi sebagai ‘tapak unta.’

Hussain yang menjadi sebahagian pasukan penyelidik Perancis-Saudi yang menjelajah kawasan itu pada 2016 and 2017 berkata, beliau secara tidak sengaja menemukan ukiran itu beberapa tahun lalu apabila rakan memberitahunya mengenai ‘bukit yang berbentuk unta.’

“Bagaimanapun apabila saya melawat kawasan itu, saya menemukan ukiran unta di puncak bukit. Ia betul-betul unik,” katanya.

Unta – untuk berabad-abad lamanya dianggap seperti ‘bahtera di padang pasir’ – ialah motif yang biasa dalam hasil seni negara berkenaan.

Bagaimanapun ukiran tiga dimensi di Al-Jouf yang sesetengahnya hanya menampilkan bahagian badan unta seperti kuku, berbeza dengan penemuan di tapak lain di Saudi.
Banyak ukiran itu terletak di puncak bukit dan memerlukan tali atau perancah sokongan untuk mendakinya.

Satu ukiran yang paling menonjol – seekor unta yang berdepan dengan haiwan yang kelihatan seperti keldai, baghal atau kuda, iaitu haiwan yang jarang ditampilkan dalam seni ukiran batu di wilayah berkenaan.

“Ukiran tiga dimensi menunjukkan kemahiran hebat dalam tahap alamiah dan ukurannya. Ia berpotensi dalam mengubah pemahaman kita terhadap kedinamikan dan sifat budaya masyarakat prasejarah,” kata Maria Guagnin dari Institut Max Planck untuk Sains Sejarah Kemanusiaan yang berpangkalan di Jerman memberitahu AFP.

Bagaimanapun tapak itu masih diselubungi misteri dengan maklumat yang sedikit mengenai siapakah yang mengukirnya atau apakah peralatan yang digunakan.

Hussain berkata, tekaan yang paling hampir ia mungkin dihasilkan oleh Nabatean, puak Arab nomad yang terkenal dengan membina kota Petra yang kini terletak di Jordan yang diukir daripada batu pasir di kawasan gurun.

Penemuan itu juga memberikan tumpuan terhadap kekayaan warisan badwi Arab Saudi. Kerajaan itu dilimpahi dengan ribuan contoh seni lukisan batu dan inskripsi purba.

Pada tahun lalu, ahli arkeologi menggunakan Google Maps untuk menemukan ratusan ‘pagar’ batu di kawasan padang pasir Saudi yang terpencil yang mungkin berusia sejak 7,000 tahun.

Mereka juga menjumpai bukti kewujudan 46 tasik yang pernah ada di utara padang pasir Nefud yang menyebabkan pakar mengubah pandangan mereka kepada teori wilayah itu mengalami peralihan iklim penggurunan dan lembap.

Ukiran di Al-Jouf mungkin menjadi penemuan mutakhir yang paling signifikan.
“Ini penemuan saintifik penting yang mengingatkan kita mengenai kepentingan sejarah pra-Islam di Arab Saudi,” kata ahli arkeologi, Guillaume Charloux dari Centre National de la Recherche Scientifique (CNRS), Perancis kepada AFP.

“Saya hanya berharap ia akan membawa masyarakat kepada sejarah silam Arab Saudi yang pelbagai dan kaya,” katanya yang mengetuai pasukan penyelidik bersama Hussain.

Ukiran itu mempunyai gaya berbeza yang menunjukkan ia dihasilkan oleh lebih daripada seorang artis.

Ada kemungkinan, ahli arkeologi itu berkata, tapak Al-Jouf adalah antara kawasan yang dimuliakan atau laluan kafilah yang digunakan sebagai tempat berehat atau penanda sempadan.
“Hipotesis saya pada hari ini adalah pengukirnya dari kalangan orang tempatan dan tapak ini menjadi tempat yang simbolik serta laluan kafilah menuju Mesopotamia,” kata Charloux.

Lebih banyak kerja lapangan diperlukan untuk mencari jawapan.
Banyak ukiran patung sudah terhakis hingga sukar untuk menentukan tarikhnya tetapi ahli arkeologi menganggarkan ia mungkin diselesaikan pada abad pertama Sebelum Masihi (SM) atau Tahun Masihi (TM).

Buat masa kini, pihak berkuasa Saudi mengawal ketat tapak Al-Jouf daripada pemburu harta karun di sebalik spekulasi setempat mengenai emas yang tersembunyi.

 Kerajaan juga berusaha mendapatkan hak pemilikan tapak itu daripada pemilik tempatannya.

Pegawai Saudi yang membawa AFP melawat juga menunjukkan bagaimana bongkah batu itu daripada sudut tertentu, kelihatan seperti wajah manusia dengan bonjolan seperti hidung.

Juga kelihatan bersama-sama ukiran itu ialah bentuk seni cat warna yang menunjukkan manusia dan makhluk mitologi serta objek yang menyerupai kereta kuda.

Bagaimanapun, Hussain menganggapnya sebagai seni yang amatur seperti lukisan kanak-kanak di atas kertas tanpa sebarang petunjuk sama ada ia muncul sebelum atau selepas ukiran patung berkenaan.

“Masih banyak soalan yang belum terjawab,” katanya.

sumber: https://www.malaysianreview.com/185278/unta-misteri-ditemui-di-arab-saudi/
Turn one time $19 into $20K over & over again... wsphilip $21.00 :-: best2011 $14.00 :-: jpet42 $9.00 :-: jpet2 $9.00 :-: jclolz15 $22.00 :-: stormy1 $11.00 :-: Amani $9.00 :-: Gaolatlhe $9.00 :-: kaytwo $29.00 :-: lerato59 $69.00 :-: lenko $9.00 :-: dorcy $9.00 :-: cecilia $9.00 :-: kenny $9.00 :-: mary $9.00 :-: Posi $9.00 :-: banasho $9.00 :-: Keobiditse $9.00 :-: Alfoncinah $9.00 :-: Tsholofelo $9.00 :-: Lerato $9.00 :-: tumi $9.00 :-: thator $9.00 :-: napo $9.00 :-: leona2 $9.00 :-: mandla $9.00 :-: thebekh $9.00 :-: fast $9.00 :-: Money2011 $30.00 :-:

Cleopatra - Trevor Jones (muzik) (background muzik klik)

Blog Archive (RENCANA PILIHAN)

Popular Posts

Custom Search

Labels

-2009.flv agsamawa66 (1) -Perisik Wanita Teragung (1) . suara . (1) (FULL MOVIE) (2) 10 Kota (1) 1838-1900 - Journey To The Past (1) 2012 Calendario Maya sub Ita (1) 2012 The Mayan Word (1) 2012 UFO ALIEN INVASION FALSE FLAG (1) 5 Kutukan (1) 500 tahun (1) 6 Peninggalan Purba (1) 666 Atau Simbol Setan (1) 7 gambaran Neraka (1) 79 AD Destruction of Herculaneum (1) 9 Misteri (1) A History of Dissection (1) A Visit To The Killing Fields of Cambodia (1) Adam Sebelum Adam (1) Adventure in Peru (1) Akiak (1) Al-Mala-u (1) Alaska (1) Alien (1) Alien Planet (1) AMARAN (1) Anak Ular Berkepala Naga Ditemui (1) Any city in Sri Lanka (1) Arab Saudi (1) Aristotle (1) Art (1) artis (1) ARTS (1) Arvin (1) Ayat-ayat Al Quran (1) Azerbaijan (1) Bangsa Penakut dan Lemah (1) Bayi Berkepala Dua (1) bayi kaki kambingnya (1) Bayi Kembar Siam (1) berbagai Agama (1) Berusia 700 Tahun (2) bodoh (1) Brazil (1) BUKTI NYATA (1) California (1) Caligola 1979 (1) Cambodia (1) Cambodia: GAMES OF DEATH OF SIHANOUK AGAINST YUON (1of7)[KH] (1) CANDI BOROBUDUR (1) Carlos Santana (1) catatan sejarah (1) Celebrates (1) cenderung ekstrem. (1) ceremony in the village (1) China (1) China has recorded (1) Civilization and the Jews (1984) (1) Cleopatra (1963) (Part1-12) (1) Cleopatra (1963) Part 13 (1) courtroom (1) Croc's bite (Documentary of Kara David) 1 (1) Cyanobacteria (1) Dajal. (1) Dakar (1) Dana Vulin (1) Dancing Forest (1) Dawn of the Maya - El Amanecer de los Mayas (1) Death of a Porn Queen (1) Death Valley (1) di dalam kitab suci (1) di Shark Bay (1) Dialah Yang menciptakan seluruh tubuh manusia (1) dimurtadkan (1) dipasung (1) dipenggal kepalanya (1) Dissection (1) DOCUMENTARY - KIMJONGILIA (1) Documentary about Lahore(Punjab-Pakistan) (1) Dr Ruysch (1) DUKUN CILIK PONARI (1) Durban (1) Earth Science (1) Easter Island (1) EL DIOS PAKAL 1/1 (1) el Mirador archaeological (1) Elsa Lanchester (1) Embalming (1) ESCAPING NORTH KOREA (1) even involved children (1) Examining A Lost Queen (1) exhibition on Ancient Egypt called 'Tutankhamun (1) exotic woman spy (1) Fahmi Basya (1) fakta (1) Fakta Gila Caligula (1) fenomena hutan (1) Fu Yandong (1) Gabon (1) GAMBAR HANTU GELANDANGAN (1) gas methan (1) Gasoline Gangsters (1) Geger Balita 2 Tahun (1) global warming (1) gold rush (1) goldfishes swim (1) Gruinard (1) Guatemala Cit (1) Gunung Datar (1) Gunung Roraima (1) Gunung Shadu (1) gurun SAHARA (1) Hadirnya Makhluk Ghaib (1) Hamelin Pool (1) Hard Time - Children Jail in Philippines (1) Her Glamorous Return (1) Hercules (1958) (1) Heritage (1) HIGHLAND TOWERS TRAGEDY (1) Himalayan glaciers (1) hingga rumah iblis (1) Historia Prohibida (1) historic Pudu Prison .downtown Pudu Prison (1) History (1) Hitler's Family (1) HOME Making-Of (2) Hubungan Bangsa Maya (1) iblis (1) ibun.mengandungkan anak. di bunuh dengan kejam (1) Iceland (1) ideologi berdarah (1) IKAN aligator (Lepisus peus) (1) Ilmu Khodam (1) Inanda (1) Indonesia (1) INDONESIA. (1) Injil berusia 1 (1) Islam (1) Jadi Pelacur (1) JAN 2012 AMAZING (1) JANIN BAYI (1) JATIM (1) JEJAK BERDARAH KOMUNISME - 2 (1) Jenglot (1) jin (1) job security (1) jumping camels in Yemen (1) kanak-kanak (1) Kayla Arena (1) kedatangan Muhammad. (1) Kehidupan (1) Kenali adakah jin dalam dirimu (1) Kenya (1) keturunan Yahudi (1) Kilimandjaro (1) Kisah Hidup Syeikh Abdul Qadir Jilani (1) Kulit Bayi di Rusia? (1) kuno (1) Kutukan (1) KwaZulu-Natal (1) LA ATLANTIDA EN LOS ANDES (1) La Oroya (1) Ladang Tempat Kajian Maya (1) largest television audience (1) Last Days of Pompeii - Steve Reeves Ángel Arand (1) Leonardo Da Vinci (1) Leonardo Da Vinci (Part 1 of 18) (1) Limbo the Lost (1) Linfen (1) lokasi Atlantis yang hilang (1) lokasi pelik (1) Los Angeles (1) Los Aztecas. La construcción de un imperio. (1) los mayas y el sacrificio (1) Lubang venus (1) Lunar New Year's (1) magician (1) Makhluk Angkasa Luar (1) Makjuj (1) MALANG (1) Mallocra (1) Malone (1) Man vs. Wild - Arctic Circle (1) manusia BEREKOR (1) Manusia Raksasa Kaum ‘Ad (1) Mao maupun Pop Pot (1) Mara 18 gang (1) Maria Callas - Medea (1969) 01/12 (1) Marx hingga Lenin (1) MASJID MISTERI DI TUREN (1) Mata Hari Bellydance (1) MATA MISTERI (1) MataHari (1) Medusa (1) Melayu berhati MUNAFIK (1) melihat Barcode (1) Melihat Perang Dunia 3. (1) Melting Ice (1) membuang rahimnya (1) mencuri Hajarul Aswad (1) mengandung (1) MENJADI BATU DAN BESI (1) México. (1) Misteri (2) Misteri batu bergerak. MOVING ROCKS (1) Misteri Suku LINGON (1) MISTERIOS DE LAS PIRÁMIDES (1) MISTERY SEGITIGA BERMUDA (1) mitologi yunani (1) Mole People (1) MONA LISA (2) Movies HQ (1) MULTIPLE UFOS OVER CYPRUS (1) MummyToraja (1) muslim (1) Mustafa Kamal Ataturk (1) Mustafa Kemal Atatürk (1) Mystery of the Maya - El Misterio de los Mayas - (1) Nabi Muhammad SAW (1) Nancy Roberts (1) National Geographic (1) Nautilus Live (1) Nefertiti Resurrected (1) Negeri Muslim (1) Norilsk (1) Nyi Roro Kidul (1) Ohio (1) PAPUA MERDEKA - West Papua (1) Parisian (1) PASAR TOMOHON (1) Pasolini (1) past 100 years (1) penduduk bumi (1) penemuan arkeologi (1) PENINGGALAN NABI SULAIMAN (1) penunggu laut selatan jawa (1) Perilaku Sxks Songsang (1) Peru (1) Piramid Sadahurip (1) Piramid-melayu-tersembunyi (1) Pirámides de Teotihuacan (1) pokok menari (1) Pride Parade in Toront (1) Princess of Egypt (1) Proof of secret code (1) Prostitutes (1) Raja Shukri (1) Raja Zulkarnain (1) Ramadhan Mat Jo (1) RE: Evita: The Woman Behind the Myth - (1) real ghost sounds (1) Remaja Israel (1) Riau Lingga - 1895. (1) Rio de Janeiro (1) Rising Seas (1) Rosalía Lombardo (1) Royal Maya Massacre - Masacre Maya (1) Russia (1) Sasha Abdul Aziz (1) Scotland (1) Sebuah Tasik Dalam Laut (1) Secrets of the First Emperor - 1/5 (1) Segitiga Bermuda (1) sehabis kehidupan adalah mati (1) sejarah kehidupan (1) SEJARAH MELAKA YANG SANGAT HEBAT! (1) Sejarah Syiah (1) Senegal (1) seni ukiran daripada pasir. (1) Shame (1) Shelley Lubben (1) Shiroh Rosulullah (1) Siapakah (1) Simbologi ? (1) Spain (1) Stalin (1) street carnival parade (1) Stromatolit (1) suku mante (1) Sultan Muhammad Mu'azzam (1) Sumgayit (1) SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) (1) Survivorman - Mountain (1) SurvivorMan (CanyonLand) (1) SurvivorMan (Plane Crash) (1) syaitan (1) TASADAY IN PHILIPPINES (1) Teknologi (1) Tengku Safiah (1) Terbesar di Dunia (1) TERSEMBUNYINYA KOD RAHSIA (1) Terungkap (1) The Arctic (1) The Arctic and The InuitsKenya (1) The Aztec Empire (1) The Divine Michelangelo BBC/2004 (1) The Last Days of Pompeii (1) the legend of mata-hari (1) THE PROPHECY OF LADY OF FATIMA (1) The Prophet Musa by Harun Yahya (1) The Real Avatar. Mine - Story of a Sacred Mountain (1) The Real Cleopatra (1) The Real Scorpion King (1) The Story Of A Tragedy (1) THOMAS Beatie (1) Tibet (1) Tigre inside (1) Timbul pada (1) tinggal di dalam gua (1) Toby Barron (1) tournament (1) tradisi loncat unta (1) Tressa Middleton (1) Tsansa (1) TULANG BERUBAH (1) Tutankhamun (1) Twilight Zone (1) UFO - Ancient Aliens The Evidence (1) UFO - Ancient Aliens The Visitors (FULL MOVIE) (1) UFO Links (1) Unta misteri (1) Ustaz Muhammad Faizar (1) Valley of Wolves Iraq (1) Vampire Skeletons Mystery (1) Video (1) VIRUS ZIKA ADALAH CIPTAAN MANUSIA.ZIKA (1) VVIP Malam Tadi ... (1) Wajah Mumi (1) Wajah Perempuan (1) Wasiat Raja Haji Ali (1) Wasiat Raja Haji Ali Fiisabilillah (1) Wax Bodies (1) WEIRD WARFARE (1) West Papua documentary (1) William Shawn Edrah (1) World Cup match (1) WWII - The Secret Life of Adolf Hitler (1) Yahudi (2) Yakjuj (1) Yakjuj dan Makjuj.. (1) Yan Yuhong (1) Youngstown (1) Zaman Nabi Nuh (1)

Paranormal Tv Channel (projectreveal)

...

1

http://veetle.com/index.php/listing/index/entertainment