Sejak dunia fesyen mewarnai kehidupan setiap manusia, pelbagai rekaan fesyen telah dicipta dan ia masih berkembang sehingga kini. Kini tiba untuk menyaksikan rekaan fesyen yang boleh membuatkan anda berasa seram sejuk malah takut untuk memakainya.
Terkini, fesyen jaket yang di perbuat seakan dari kulit dan perca daging manusia turut di cipta. Pereka fesyen di Etsy.com telah memperkenalkan barisan pakaian yang diberi tajuk ‘Pembunuh upahan’ (Serial killer) dan ia kelihatan agak menyeramkan dan mahal.
Amboi dengar namanya sahaja sudah boleh naik bulu roma.
Modern day fashionistas dan stylist, Kayla Arena dan Toby Barron merupakan pereka jaket kulit ini. Mereka telah mereka jaket kulit ini berbanding dengan jaket lain apabila mereka menggunakan bahan seakan daging manusia sebagai bahan utama untuk menghasilkan jaket itu.

jaket-kulit-manusia-1
Jaket tersebut dijual dengan harga $1,200 dolar (RM5320.87) dan ia sememangnya akan membuat si pembeli berasa pelik dan seram apabila jaket tersebut tiba di depan rumahnya.
Reka bentuk jaket sengaja dibuat dengan tema kengerian kerana tema ini biasanya disukai oleh remaja. Pastinya jaket Kayla dan Toby terjual di pasaran dengan larisnya.
Mereka bukan sahaja menghasilkan jaket. Produk fesyen yang popular di kalangan orang muda seperti dompet, kasut, tali pinggang, pakaian dalam juga boleh didapati dengan bahan dan reka bentuk yang sama.
Bertenang! Jaket kulit yang dibuat oleh Kayla dan Toby kelihatan menyeramkan tetapi bahan itu tidak dibuat dari kulit manusia yang sebenar. Mereka menggunakan getah dan silikon sebagai bahan utama.
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini terdapat manusia seperti ini iaitu Ed Gein. Beliau sememangnya terkenal dengan menggunakan daging dan tulang-tulang mangsa pembunuhan untuk dibuat menjadi perabot perhiasan di rumah dan tidak mustahil mengapa nama jaket tersebut dipilih.
Berlainan dengan pasal satu jaket yangsatu lagi ini, berkonsepkan “Pakaian Tak Terlihat” hehehe.. konsepnya saja sudah rasa pelik kan! Hahahaha…tapi itulah keunikan yang ada pada jaket ni! Mesti ramai yang mau beli.
Sehelai jaket yang telihat seperti ‘daging berwarna’, mirip warna kulit manusia dan bentuknya mengikuti lekuk tubuh. Siap ada tatoo lagi! Nampak ganas la sangat! Mengenakan jaket ini mungkin akan membuat sebahagian orang setidaknya melirik dua kali kepada anda, bahawa anda tidak memakai baju. Hahahaha…agak seksi lah mungkin kan!

Jaket-unik-mirip-kulit-manusia-2
Secara kasarnya, kami berharap tiada siapa yang sanggup membeli jaket tersebut dan setakat ini tiada sebarang laporan polis di buat mengenainya.
Anda sanggup membeli atau memakainya?
SUMBER


.jpeg)







